Harry Potter - Golden Snitch

Tutorial Blog Bahasa Melayu Top 10 (2013)


Salam ^_^

Post ni dikhaskan kepada mereka yang masih tercari2 tutorial untuk mencantikkan blog. Walaupun Khai juga menyediakan tutorial, memang tidak mencukupi kerana masih banyak yang kurang (Khai baru setahun jagung dalam blogging) :'D. Bagi memudahkan korang, Khai menyediakan senarai TOP 10 Tutorial Blog Bahasa Melayu 2013 (Mengikut Ranking keyword "Tutorial Blog" oleh Google) 


2) Tutorial Untuk Blog


Tutorialuntukblog merupa sebuah blog yang simple. Mempunyai 72 tutorial (setakat ini) yang lengkap dengan contoh animasi dan penerangan langkah demi langkah. 

3) LyssaSecret


Blogger selebriti Lyssa ^_^ siapa yang belum kenal dengan Lyssa Klik Sini Cepat!! Blogger cute yang sangat Famous di kalangan blogger Malaysia. Blog Lyssa memberikan pelbagai Tutorial dan Tips2 blogging. Selain itu, Lyssa ada juga memberikan Tips-tips Cinta :D

4) Cik Tom


Di samping mempunyai pelbagai Tutorial dan Tips, Blog CikTom juga ada memberi banyak panduan resepi daripada Makanan dan minuman, sehinggalah ke pencuci mulut. Memberikan Blog review merupakan satu keunikan dalam blog CikTom. Pendapat yang bernas dan Gaya penulisan CikTom yang sangat Power pastinya menjadi Sumber Inspirasi :D

5) Amalina Lee


Blog Amalina menyediakan banyak tutorial mengenai Blogskin. Yang paling menarik, di sini, Amalina ada menyenaraikan banyak Freebies yang sudah tentu korang akan suka ^_^

6) Rina Supian


Selain Tutorial, Blog Rina juga ada memberikan banyak Tips mengenai kecantikan, Kesihatan dan juga kekeluargaan. :D

7) Kerana Manisnya Epal


If korang nak doodle yang cute dan cantik, inilah blog yang paling sesuai utk korang. Blog Kerana manisnya epal ada tersiar di TV3 melalui rancangan Nona kelmarin ^_^. Korang juga boleh membuat tempahan khas doodle, header, template dan juga banner di sini. Semestinya korang akan berpuas hati dengan hasil kerja cik Dil. 

8) Jom Bina Belog


Pelbagai Tutorial tentang blog dan freebies ada di sini. Walaupun blog ni tak diUpdate sejak bulan May 2012 tutorial yang disediakan masih lagi HOT!. 

9) Teknik Buat Blog


Sama seperti Jombinabelog dan Tutorialuntukblog, Teknikbuatblog banyak memberikan tutorial untuk blogger. Yang menarik dalam Teknikbuatblog, ia juga menyediakan tutorial mengenai photoshop dan juga komputer ^_^

10) Bicara Farah


Pink Forever! Blog cik Farah memberi korang banyak Tutorial dan pelbagai info yang menarik. Di samping itu terdapat ruang advertistment disediakan if korang nak sewa :D. Korang juga boleh membuat tempahan design dan edit blog di sini, tapi ianya ditutup buat sementara waktu. Cik Farah sibuk dengan Final Sem Master Degree nya. Good Luck ya Cik Farah ^_^

________________________________________________

Mesti korang sedang tercari2 pemilik Tutorial Blog No.1.. Jeng! jeng! JENG!.. Haaa, ini lah dia!!


Dimiliki oleh blogger otai Malaysia Ben Ashaari :D. Entah berapa kali dah Khai cuba untuk cari tutorial dalam blog abg Ben ni, tapi tak jumpa-jumpa =.=.. Cuma yang ada, ialah tuto blog yang abg Ben rekomen kat kitorang. Huhuhu.. Korang Klik sini utk info lanjut, Khai tak berani nak bagi komen ni, hahaha.


*Coming Soon!! (If Dreams Come True) Hahaha ^_^


Kalau Korang masih belum menjumpai tutorial yang korang nak, ataupun korang susah nak faham cara untuk buat tutorial tu, korang boleh request tutorial dengan Khai (Tinggalkan Komen Korang Di Sini Untuk Request). Khai akan cuba bantu korang dengan kadar segera mengikut yang termampu ^_^

Note: Ada banyak lagi tutorial blog yang ada di luar sana. Tapi yang Khai pasti, kebanyakan tutorial blog mempunyai senarai tutorial yang hampir sama, perbezaannya ialah gaya penulisan dan penerangan yang diberikan. Jadi korang pandai-pandailah pilih tuto yang senang difahami dan memudahkan bagi korang. ^_^

Selamat berTuto!!


Peace~

Tags: TOP 10 Tutorial Blog Bahasa Melayu 2013, Tutorial Blog, Tutorial Blog Top 10, Tutorial Blog Bahasa Melayu
Sumber: Google

3 comments:

  1. bagus info. Betul ke traffic penting untuk blog?? baru je lepas usha tambah traffic blog

    ReplyDelete
  2. ^_^ Khai dah berjaya masuk ke page 1 search bagi "tutorial blog" dalam google.. hihihi~ di mana ada kemahuan, di situ ada jalan >:D

    ReplyDelete
  3. terima kasih Khai kerana masukkan teknikbuatblog sebagai antara yang top 10 2013

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved