Harry Potter - Golden Snitch

Tips - Belajar Bahasa Enggeris Cara Sempoi


As per requested oleh salah seorang pembaca blog Khai, lahir lah tips belajar Bahasa Enggeris ni. Huhuhu. Terlebih dahulu, Khai nak bagi Warning di sini. Khai bukanlah terrer sangat dengan English Language ni. Grammar masih tunggang langgang, dan vocabulary pun masih kurang. Tapi Khai boleh bagi beberapa cara sempoi yang boleh korang guna untuk meningkatkan pengetahuan English Language korang, sama ada dari segi Perbendaharaan Kata, Pertuturan, Pendengaran mahupun Penulisan. Tips ni boleh dipraktikan dalam aktiviti harian korang.

4 Tips Menguasai Bahasa Enggeris (English Language)

1. Rajin Membaca (Vocabulary)

Membaca bahan bacaan yang berbahasa english boleh membantu meningkatkan pengetahuan tentang perbendaharaan kata (vocabulary) korang. Antara contoh bacaan yang korang boleh baca ialah: Buku Teks (sekiranya korang masih bersekolah), Novel, Majalah, Surat Khabar, atau apa bahan2 cetakan yang berbahasa English. 

Hmm, sebut sahaja tentang membaca, Khai pasti terdapat ramai orang yang jarang buka buku untuk dibaca. memang tidak dinafikan ramai orang menganggap membaca adalah boring dan seringkali dikaitkan dengan tidur.. Membaca-> Mengantuk -> Tidur.. Ya! Khai akui, Khai sendiri malas nak buka buku untuk dibaca. Hahahaha. Tapi ini tidak bermaksud Khai tidak membaca. Terdapat pelbagai sumber bacaan lain yang korang boleh pilih. Bagi Khai, Khai lebih gemar membaca bahan bacaan digital seperti E-book, Online Manga, Article, dan banyak lagi bahan bacaan berbahasa english yang boleh didapati secara online. Korang boleh buat pilihan bahan bacaan mana yang korang prefer. :)

Seperti biasa, bagi mana2 perkataan yang korang tidak faham tu, korang boleh rujuk kat Mr. Kamus. ataupun korang boleh juga bertanya dengan Mr. Translate.Google.Com. Malu bertanya, nanti Tak Tahu!. kalau nak Advance lagi, korang boleh guna kamus English-English, yang mana penerangan tentang maksud perkataan yang korang nak cari tu juga berbahasa English :D

Semakin banyak membaca, semakin banyak vocabulary yang korang boleh dapat, dan semakin pandailah korang dalam bahasa english. Tapi pastikan korang membaca bacaan berbahasa English Sahaja, Korang takkan pandai English sekiranya korang baca bahan bacaan Bahasa Melayu/ Cina/ India. 

Eh? Hello entry ni Bahasa Melayu lah!  Ahem, Khai tidak mengajar korang bahasa English, cuma bagi tips  tentang cara untuk mempelajarinya, hehehe. :)

2. Berani Bertutur Dalam Bahasa English (Speaking)

Bertutur dalam Bahasa English dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar mahupun yang telah dewasa. Mengapa? Kerana jarang atau tidak pernah mempraktikkan komunikasi dalam bahasa english. Sebenarnya, ia adalah sangat mudah. Dengan satu syarat, korang kena berani. Bagi korang yang masih bergelar pelajar, gunakan sepenuh masa peluang korang bertutur bahasa English dalam kelas English korang. Jangan berasa malu, kawan yang gelakkan korang tu bukannya pandai pun (kawan yang dah pandai takkan gelakkan korang).

Praktis di hadapan cermin adalah di antara cara yang paling berkesan untuk meningkatkan kemampuan bertutur dalam bahasa English. Melalui cara ini, korang boleh meningkatkan keyakinan korang untuk bertutur dalam bahasa English. Korang boleh praktis sewaktu sedang mandi, sedang bersolek, ataupun sedang mengayakan rambut. Luangkan sekurang2nya 5-10 minit sehari. Sikit2 lama2 jadi bukit :D

3. Belajar Sebutan English (listening)

Hmm.. Korang dah berani nak bertutur dalam bahasa English, tetapi korang kurang pasti dengan sebutan korang? untuk mengatasi masalah ni, korang kena banyakkan mendengar. Terdapat ribuan lagu dan movie yang berbahasa English. Korang cuma perlu pilih lagu mana yang korang minat dan movie yang korang suka dan tumpukan perhatian terhadap sebutan mereka. Senang gitu?

Belajar sebutan Bahasa English memang mudah sekiranya korang gemar menyanyi dalam bahasa English. Sewaktu era persekolahan Khai dulu, zaman kegemilangan kumpulan band LinkinPark, hampir kesemua lagu mereka Khai boleh nyanyi dengan lancar termasuk bahagian Rap dan ada juga beberapa lagu yang Khai Terhafal. Ini terbukti membantu khai dalam sebutan bahasa English. Ia juga secara tidak langsung membantu dalam pemahaman melalui pendengaran. :D 


4. Menulis Dalam Bahasa English (writing)

Menulis lebih mudah berbanding dengan bertutur dalam bahasa English. Korang boleh mulakan dengan membuat Update Facebook/Twitter/SMS/WhatsApps etc. dalam bahasa english. Korang boleh praktikkan untuk membuat 5-10 update/sms dalam bahasa English sehari. Lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan korang, percayalah. Tapi, jangan pula korang hanya copy and paste perkataan yang korang nak post/hantar tu. Copy & paste tidak memberikan banyak kesan terhadap pembelajaran. Satu perkara yang sangat penting, pastikan korang faham dengan perkataan yang korang nak post/send tu, dan jangan pula asyik buat post yang sama berulang kali. ^^

Hmm, mengenai penggunaan grammar yang betul, korang memang tiada pilihan lain kecuali membaca buku English Grammar atau menghadiri kelas grammar. xD



Ok! dah siap dah tips belajar Bahasa English cara Sempoi Khai ni. Pendek kata, sekiranya korang ni memang sempoi, korang boleh ikut cara ni.. Hahaha. Kalau korang ada tips lain yang lebih Sempoi, jangan malu jangan segan, tinggalkan comment korang kat bawah ^^.

Smile! :)


Tags: Tips Menguasai Bahasa Inggeris, Belajar English Language, Cara Mudah Belajar English, English dalam kehidupan Harian, Tips Mudah Belajar English

1 comment:

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved