Harry Potter - Golden Snitch

Tips - Badan Harum Semerbak Mewangi

Badan Harum Semerbak Mewangi

Badan yang wangi sudah tentu menjadi idaman semua jejaka2 dan gadis2 di luar sana. Bagi sesetengah orang, bau wangi bagaikan datang dengan semulajadi, seolah2 ia datang dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, Khai pasti, sudah tentu korang semua pernah mengalami situasi, di mana kita berdiri di sebelah seseorang yang tidak mendapat alert, dan lambaian bau badan mereka yang tidak menyenangkan boleh membuat korang berasa sangat tidak selesa (Nak muntah pun ada). Walaupun deria bau adalah agak subjektif, tips2 yg Khai nak bagi ni akan membantu korang mengelakkan apa2 benda yang dianggap boleh menghasilkan bau badan yang tidak diingini.

1. Mandi dengan kerap

Mandi dengan kerap

Ini akan menghilangkan bau peluh di seluruh tubuh anda dan sangat penting diamalkan setiap hari. Jika korang rasa langkah ini adalah sukar, korang boleh berunding dengan doktor untuk alternatif lain. :D Pastikan untuk mencuci bahagian badan korang yang penting dengan teliti. Bahagian2 ini termasuk ketiak dan kemaluan. P/S: Kadar kebersihan yang rendah boleh membawa kepada masalah kesihatan dan juga hubungan korang.

2. Menggunakan Deodoran

Menggunakan Deodoran

Dapatkan satu deodoran dengan wangian yang wangi. Jika korang jenis yang berpeluh dengan banyak, dapatkan deodoran anti-perspirant. Korang boleh mengambil deodoran sejurus selepas korang mandi. Ini akan mengekalkan kelembapan pada kulit. Korang kena ingat, pastikan bahagian ketiak benar2 kering sebelum meletekkan deodoran.

3. Gunakan Cologne atau minyak wangi

Minyak wangi termahal di dunia

Tetapi jangan pula korang sembur satu badan dengannya (terlalu wangi, orang lain boleh pengsan juga :D). Cukuplah sekadar semburan pada leher, pergelangan tangan dan belakang lutut. Jika korang adalah lelaki korang boleh buat semburan pada muka tetapi pastikan korang tidak melakukannya selepas bercukur atau ia akan menyengat.

Korang juga boleh sapukan sedikit Vaseline di kawasan yang korang nak letak minyak wangi, ia akan kekal untuk lebih lama! Bagi wanita, Vanila dan cinnamon adalah aroma yang menjadi tarikan kepada kaum lelaki, jadi jika korang nak keluar dating ia boleh menggalakkan mood romantik :D

4. Berus gigi dan lidah

Berus gigi dan lidah

Kebanyakan nafas yang berbau adalah berpunca daripada bakteria yang tinggal di lidah kita. Gunakan berus gigi dan berus perlahan dari belakang (sejauh yang anda boleh pergi tanpa mencederakan diri sendiri) ke hadapan. Nafas berbau boleh menjadikan korang tidak disukai orang lain. So, rajin2lah berus gigi, sekurang2nya dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi selepas sarapan pagi dan sekali lagi sebelum korang tidur. Korang boleh mengunyah chewing gum selepas memakan sebarang jenis makanan, ia boleh mengelakkann bau nafas yang tidak menyenangkan.

5. Memakai pakaian yang sesuai

Mengenakan pakaian yang sesuai

Jangan pakai pakaian yang akan membuatkan korang cepat berpeluh. Sebagai alternatif, korang boleh memakai pakaian berlapisan supaya korang boleh buka salah satu darinya apabila perlu.

Sentiasa memakai stokin jika korang memakai kasut, ia akan membantu menjaga kaki korang daripada berbau busuk (Tapi korang kena pastikan stokin korang tu bersih dan tak berbau ^^).

6. For Girls (n Boys too)
Ada something yang korang kena buat di bahagian ni setelah melepasi usia remaja.


Korang tidak akan mula berpeluh di sana sehinggalah mencapai usia remaja, jadi korang mungkin tidak memerlukan langkah ni kalau korang masih kecik ^_^

7. Sentiasa Yakin


Jangan cuba untuk menghidu ketiak korang dengan sengaja, kerana itu boleh menjadi satu tabiat buruk. Be open, confident dengan penampilan korang.

8. Untuk mengekalkan bau badan yang harum, korang just ingat untuk mandi setiap hari, gunakan deodoran. Paling penting bagi mencegah bau badan yang tidak diingini ialah mempraktikkan rutin kebersihan. Kemudian barulah korang gunakan wangian yang sesuai.

^_^ Thanks for reading..


Peace~



Tags: Tips - Badan Harum Semerbak, Mewangikan Badan, Badan Wangi, Cara mengekalkan badan yang wangi.

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved