Harry Potter - Golden Snitch

Diwajibkan untuk lulus English dalam SPM (Akan Datang)



Terkini dalam trend pendidikan Malaysia. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa pelajar yang mengambil ujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan untuk lulus Bahasa Inggeris apabila guru dan pelajar telah bersedia.

"Ini hanya salah satu daripada langkah-langkah yang kita sedang kaji untuk meningkatkan sistem pendidikan kita dan mewujudkan masyarakat yang lebih berdaya saing," katanya ketika menghadiri pelancaran Guru Muda 1Malaysia di Kota Kinabalu pada 23 Februari 2013 lalu. Beliau juga berkata dalam masa yang sama, ibu bapa, guru dan pelajar mesti bekerjasama untuk meningkatkan taraf Bahasa Inggeris di negara ini. 

Melalui pernyataan ini, jelaslah bahawa kepentingan Bahasa Inggeris tidak boleh dipandang ringan dengan sebelah mata sahaja. Pendidikan yang sebenar adalah bermula daripada rumah. Bagi membolehkan adik2 dan anak2 yang bakal menghadapi ujian perperiksaan SPM ni lulus dengan cemerlang dalam Bahasa Inggeris, latihlah mereka menggunakannya sebagai bahasa kedua di rumah :) Bila nak mula??




Peace~

Sumber : TheStar

2 comments:

  1. suka gak kalau gitu dik..hihi...kalau dari dulu dah cam nie kan best hihi

    ReplyDelete
  2. Betul tu @Kak Nao Mei... Belia sekarang bila dah nak cari kerja,, baru gelabah belajar English.. hahaha.. Kan bagus kalau dari awal dah dmulakan..

    ReplyDelete

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved