Harry Potter - Golden Snitch

Info - Diploma Kesetiausahaan

Diploma Kesetiausahaan

Melanjutkan Pelajaran dalam Bidang Diploma Kesetiausahaan 
(Secretaryship)
Apa itu Kesetiausahaan?
Kesetiausahaan merupakan bidang kerjaya dalam prospek pentadbiran terkini sejajar dengan cabaran semasa dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi, informasi teknologi, penampilan diri dan berinteraksi.

Program diploma Kesetiausahaan menitik beratkan kemahiran teknikal kesetiausahaan dan penyelesaian masalah dalam bidang pengurusan pejabat secara kreatif dan kritis. kursus ini juga memfokuskan kemahiran-kemahiran lain seperti komunikasi interpersonal dan intrapersonal, kerja berkumpulan, pengurusan pejabat serta penulisan laporan pejabat.

Diploma Kesetiausahaan  empat sasaran utama iaitu:
i. Menghasilkan graduan Kesetiausahaan yang mahir dalam bidang teknologi maklumat masa kini
ii. Mengaplikasikan kemahiran, pengetahuan serta profesionalisma kesetiausahaan secara bijak
iii. Melahirkan graduan Kesetiausahaan yang bertauliah sebagai pembantu tadbir pejabat.
iv. Mempraktikkan dunia kerjaya kesetiausahaan sebenar dalam modul program yang memfokuskan pengurusan asas pejabat, pengurusan rekod, aplikasi komputer, komunikasi, pengurusan akaun serta teknik menaip.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Program ini dibuka kepada individu-individu yang berminat menceburi bidang kesetiausahaan, pentadbiran dan pengurusan pejabat.

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Pengurusan Majlis
Kemahiran mengendalikan serta menganjurkan majlis.

Komunikasi Interpersonal & Intrapersonal
Boleh berkomunikasi dan berinteraksi secara fasih dan lancar dengan masyarakat mahupun secara berkumpulan.

Pentadbiran Pejabat
Berkebolehan mentadbir pejabat dengan cekap dan pengurusan masa yang teratur untuk meningkatkan produktiviti kerja.

Pembentukan Personaliti
Membentuk standard profesionalisma yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah.

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Pemasaran
- Perniagaan
- Perbankan
- Perkilangan
- Media
- Perlancongan
- Insurans
- Keusahawanan

Peluang pekerjaan sebagai:
- Setiausaha
- PentadbirPejabat
- Pembantu Peribadi
- Pembantu Tadbir
- Eksekutif Perniagaan
- Pembantu Pengurus Majlis
- Pembantu Perhubungan Awam

 Smile

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved