Harry Potter - Golden Snitch

Info - Bagaimana Cara Untuk Melanjutkan Pelajaran ke IPTA Di Malaysia?


Kebanyakan calon-calon peperiksaan STPM dan SPM yang lepas masih lagi mencari-cari tempat ataupun menunggu tawaran daripada Universiti-universitiyang dipohon. Keputusan STPM dan SPM secara rasmi telah dikeluarkan pada bulan Mac Tahun ini. Bagi pelajar yang masih lagi berada dalam dilema, di sini saya ingin berkongsi dengan anda empat cara untuk masuk ke universiti awam tempatan.

Masuk ke universiti awam tempatan adalah sukar pada masa kini terutamanya Universiti tertua Malaya apabila Naib Canselor Tan Sri Dr Ghauth Jasmon menyatakan bahawa kursus-kursus kritikal bagi peringkat Ijazah seperti perubatan, dan pergigian memerlukan maksimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4,00 manakala kursus-kursus Sastera memerlukan 3.50.

Bagi program ijazah di universiti seperti Universiti Malaysia Sabah pula, pelajar sekurang-kurangnya perlu memperoleh PNGK 3.0 bagi kursus sastera, dan pelajar yang mendapat keputusan yang lebih cemerlang akan diutamakan untuk mendapat tempat. Nilai ini juga merupakan nilai standard yang digunakan oleh mana-mana universiti awam yang lain.

Terdapat empat langkah atau jalan untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti awam. Ianya seperti berikut :
  • SPM -> STPM / Tingkatan 6 -> Ijazah di universiti-universiti awam
  • SPM -> Matrikulasi -> Ijazah di universiti-universiti awam
  • SPM -> Diploma di universiti awam -> Ijazah di universiti-universiti awam
  • SPM -> Politeknik -> Ijazah di universiti-universiti awam
Jika kita kihat dengan lebih jelas, di Malaysia, kita tidak mempunyai jalan pintas untuk pelajar melanjutkan pelajaran terus daripada peringkat SPM ke Ijazah. Hanya pelajar yang pintar (Genius) sahaja yang boleh melompat terus ke peringkat Ijazah daripada tingkat SPM, dengan syarat memdapat pengiktirafan daripada Kementerian pelajaran dan juga badan-badan tertentu.

Bagi tempoh masa pembelajaran pula, secara amnya ia adalah seperti berikut :
  • STPM (5 bulan tunggu keputusan + 1 Tahun 7 Bulan belajar) + Ijazah (3 Tahun) = 5 Tahun
  • Matrikulasi (5 bulan tunggu keputusan + 1 Tahun 7 bulan belajar ) + Ijazah (3 Tahun) = 5 Tahun
  • Diploma (3 Tahun) + Ijazah (2 Tahun) = 5 Tahun
  • Politeknik (3 Tahun) + Ijazah (2 Tahun) = 5 Tahun

Untuk mendapatkan sijil Ijazah daripada tamat belajar SPM, ianya akan memakan masa lebih kurang 5 tahun. Setiap cabang pilihan pelajar sama ada melalui STPM, Matrikulasi, Diploma ataupun Politeknik untuk melanjutkan pelajaran mempunyai masa tamat belajar yang sama (tertakluk kepada bidang yang diceburi).

No comments:

Post a Comment

Don't forget to drop your comment.. Thanks ya!

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved