Harry Potter - Golden Snitch

Program Pembelajaran Secara Online (e-Learning)

e-Learning Programme

Program FOCUS-A
Program Fokus A merupakan sistem pembelajaran lengkap dan terkini secara online (e-learning) yang dirumus khas mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang merangkumi semua mata pelajaran daripada darjah 1 hingga tingkatan 5.

Apa itu program Focus-A? (www.focusa.com.my)
Focus "A" adalah program pembelajaran online (e-Learning) yang telah dihasilkan oleh para guru yang berkelayakan dan berpengalaman tinggi beserta dengan integrasi internet dan mengikut sistem pembelajaran di Malaysia. Ia adalah satu penyelesaian pada kesukaran dan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) pelajar. Para pelajar juga boleh menilai dan mempraktikkan sendiri kebolehan mereka dalam program Focus “A” ini. Selepas mengikuti program ini, para pelajar akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan penuh yakin dan seterusnya membantu pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Dengan mendaftar sebagai ahli dan pengguna program Focus “A” akan adanya interaksi yang lengkap antara ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak. Ibu bapa boleh memantau pembelajaran anak mereka dengan mengakses “Web Report Card” pada bila-bila masa 24 jam sehari, 365 hari setahun dan di mana jua mereka berada.

Kunci utama untuk mencapai gred yang baik adalah pada kaedah “input & output learning” – keupayaan untuk menyerap, memahami dan mempraktikkan apa yang pelajar pelajari. “input learning” adalah proses berkesan untuk membaca, belajar, menghafal dan mendengar.” output learning” pula adalah cara untuk mempraktikkan apa yang telah di pelajari.

Fokus A juga membantu anak anda untuk persiapan bagi menduduki perperiksaan dan melepasi segala rintangan dengan melengkapkan mereka untuk menjadi seorang pelajar yang sentiasa bersedia dan peka dengan peperiksaan.

Program ini akan memanfaatkan anak anda dengan metologi pembelajaran yang terdiri daripada input, output, suara latar (Voice Over), pembelajaran “live” secara online dan sesi forum untuk pelajar. Apabila tibanya hari peperiksaan, anak anda akan dapat menjalani dan menempuh segala cabaran dengan penuh yakin dan boleh mendapat “straight A+”

Tutorial Blog Tutorial Blog Tutorial Blog
Creative Commons License
Khaiangel (Dot) Com is licensed under a
Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License
.
©KhaiAngel.Blogspot.Com All Rights Reserved